Monday 24 September 2012

PERBEZAAN PEMULIHAN KELAS BIASA DENGAN KELAS PEMULIHAN KHAS


KERJA KURSUS
BMM 3106
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH

PERBEZAAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA  DAN PEMULIHAN KHAS . 

PENDAHULUAN

Kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (Asas 3M) adalah merupakan satu kemahiran yang amat penting kepada semua murid. Penguasaan Asas 3M ini amat penting kepada murid tatkala mereka mula melangkah masuk ke darjah, Murid yang dapat menguasai Asas 3M akan mudah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Program-program Kementerian Pelajaran Malaysia seperti LINUS (Literacy And Numeracy Screening)  yang lebih menekankan kepada penguasaan bahasa dan aspek pengiraan.

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama (National Key Result Area’s-(NKRA) , Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pembentangan tersebut Kementerian telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras program LINUS tersebut. Pihak kementerian harus mempastikan  semua murid yang tidak ada masalah pembelajaran dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tiga tahun mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah. Kelas LINUS adalah merupakan penambahbaikan daripada program  Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA2M) untuk Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006, Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas, (1999)

Perkembangan Teknologi Maklumat yang semakin pesat menyedarkan kita bahawa murid-murid ini perlu mengikut arus perkembangan terkini. Mahu tidah mahu sebagai seorang guru, kita harus bingkas, lakukan sesuatu untuk menyelamatkan anak-anak murid kita dari terus ditinggalkan arus kemajuan yang tidak ada penghujungnya.
Menyedari hakikat ini, pada bulan November 1998, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Jawatankuasa Khas ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan Darul Aman (IPDA), Guru Besar dan Guru Pemulihan Khas telah mendokumentasikan sebuah buku yang dapat digunakan dan dijadikan panduan oleh guru-guru pemulihan.

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.



DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dalam memberi pendefinisian tentang pemulihan, banyak pihak memberikan pendefinisian yang berbeza-beza tentang istilah atau perkataan “pemulihan”. Namun ianya mempunyai maksud yang sama. Antara pendefinisian yang dimaksudkan ialah;
Kamus Dewan, Edisi Keempat, (2005) mentakrifkan “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,  (1984):
Mendefinisikan pemulihan sebagai langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, (1983),  dalam BMM 3106 Modul Pengayaan Dan Pemulihan menyatakan satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran.
Ishak Harun dan Koh Boh Boon, (1983)  dalam BMM 3106 Modul Pengayaan Dan Pemulihan mentafsirkan pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN

Ada beberapa objektif program pemulihan. Antaranya ;

1.    Membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
2.    Memberi perhatian yang sewajarnya kepada murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan mengenalpasti tahap kebolehan mereka.
3.    Mempastikan murid-murid dapat belajar dalam sistem persekolahan biasa.
4.    Membantu murid-murid memperkembang konsep kendiri dan sikap ingin belajar.
5.    Memberi bantuan kepada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran dengan mengubah sikap daripada negatif kepada positif.
6.    Penekanan terhadap emosi, mental, sosial dan intelek murid-murid diutamakan agar mereka dapat melupakan permasalahan yang mereka hadapi sewaktu berada dipersekitaran rumah mereka.
7.    Memberi peluang kepada murid untuk merasakan keseronokan dan kegembiraan atas pencapaian pembelajaran mereka.

PERBEZAAN PELAKSANAAN AKTIVITI PEMULIHAN DI DALAM KELAS BIASA DAN PEMULIHAN KHAS.

PEMULIHAN KELAS BIASA

Pemulihan Kelas Biasa dilakukan kepada murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai. Mereka terpaksa bersaing dengan murid-murid yang cerdik untuk mencapai hasrat serta objektif sukatan pelajaran yang sama. Di dalam kelas biasa guru memperuntukkan ruang waktu untuk memberi pemulihan kepada murid-murid ini. Murid perlu didedahkan dengan situasi sebenar dan pengalaman konkrit agar mereka dapat memahami konsep pembelajaran dan dapat membina mental yang kukuh.

Melalui pemulihan dalam kelas ini murid yang lemah akan merasakan diri mereka dihargai. Guru akan menumpukan perhatian kepada mereka. Kesedaran ini merupakan satu kesan psikologi yang amat tinggi kepada mereka. Mereka tidak merasakan diri mereka diabaikan.

Guru yang memahami permasalahan murid akan merasakan perlunya perhatian yang lebih kepada murid-murid ini. Pendekatan dan kaedah perlulah dicari agar pengajaran dan pembelajaran tercapai objektifnya. Hubungan yang akrab juga akan terjalin antara guru dengan murid tersebut.

PROSES PENGAJARAN PEMULIHAN KELAS BIASA

Satu proses telah disusun untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa. Peringkat-peringkat proses ini berhubung kait antara satu sama lain.Program pemulihan kelas biasa ini boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah JARLIN ini mementingkan setiap proses dijalankan secara berterusan  dan saling berhubung antara satu sama lain.


 1. Pelaksanaan Dalam Kelas Biasa.

Biasanya dilaksanakan di dalam kelas selepas sesuatu pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dilaksanakan pada setiap mata pelajaran.

2. Penumpuan

Penumpuan diberikan kepada murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran pembelajaran hari itu. Mereka akan diberi pemulihan secara langsung.

3. Menjimatkan Masa

Guru hanya bertumpu kepada kelas
tersebut sahaja. Tumpuan guru hanya
kepada murid tertentu dan tidak banyak masa digunakan untuk sesi ini.

4. Naluri Kanak-Kanak

Seperti yang kita sedia maklum bahawa
murid-murid ini suka bergaul. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan
murid akan meningkat. Ini juga akan memperkembangkan lagi pengetahuan mereka.

5. Semangat Kerjasama

Guru member peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti. Aktiviti yang dilaksanakan seperti mengadakan perbincangan atau mengutarakan pendapat akan melahirkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu dikalangan murid-murid ini.

6. Kesempatan Bertanding

Sebagai mana naluri murid-murid, mereka suka akan pertandingan. Guru harus memahami naluri ini. Dengan adanya naluri seumpama ini akan memberi sesuatu yang positif kepada mereka. Pujian dan imbuhan daripada  guru.
Guru hanya bertumpu kepada kelas
tersebut sahaja. Tumpuan guru hanya
kepada murid tertentu dan tidak banyak masa digunakan untuk sesi ini.

4. Naluri Kanak-Kanak

Seperti yang kita sedia maklum bahawa
murid-murid ini suka bergaul. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan
murid akan meningkat. Ini juga akan memperkembangkan lagi pengetahuan mereka.

5. Semangat Kerjasama

Guru member peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti. Aktiviti yang dilaksanakan seperti mengadakan perbincangan atau mengutarakan pendapat akan melahirkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu dikalangan murid-murid ini.

6. Kesempatan Bertanding

Sebagai mana naluri murid-murid, mereka suka akan pertandingan. Guru harus memahami naluri ini. Dengan adanya naluri seumpama ini akan memberi sesuatu yang positif kepada mereka. Pujian dan imbuhan daripada Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah seperti pemerhatian,
pentafsiran rekod prestasi dan rekod
profil, ujian kertas dan pensil, latihan
harian, soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa. 
Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran tentang pelajar-pelajar yang
belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar oleh guru. 
Murid-murid Tahap 1 dan tahap 2 yang tidak dapat menguasai kemahiran dipilih untuk mengikuti pengajaran dalam kelas biasa.

11. Penganalisaan Masalah 

Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Misalnya dengan memerhati bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak, guru dapat menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar. 

12. Perancangan 

Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi segala masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.

13. Sesi Ujian

Ujian dilakukan mengikut bulanan dan penggal. Tidak perlu diadakan ujian saringan dan diagnostik. Ia tidak memerlukan rekod terperinci



PEMULIHAN KHAS

Kelas Pemulihan Khas merupakan salah satu daripada keperluan asas yang perlu disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebiasaannya murid-murid yang lemah dalam kelas biasa akan dibawa masuk ke kelas pemulihan khas. Murid-murid ini akan diberi pendidikan pemulihan.

Dalam Kelas Pemulihan Khas ini, murid-murid akan ditempatkan di bilik khas. Bilik ini akan digunakan sepenuhnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pemulihan.

1. Kelas Khas

Pemulihan Khas diadakan di dalam bilik khas yang mempunyai kelengkapan bahan pemulihan khas.

2. Memenuhi Keperluan

Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu
kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan. Faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

3. Penguasaan Asas Kemahiran 3M

Murid yang telah menguasai asas kemahiran 3M akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa. Ini akan menambah sikap positif di kalangan murid dan keyakinan diri terhadap
pembelajaran.

4. Skop Kajian

Skop kajiannya tertumpu kepada penguasaan murid terhadap sesuatu subjek dengan menggunakan bahan maujud.

5. Pemilihan Murid Ke Kelas Pemulihan  
    Khas.

Murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran di dalam kelas biasa, maksudnya tidak dapat menguasai asas kemahiran 3M akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas.

6. Pemilihan Guru

Untuk mengendalikan kelas pemulihan khas, pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan guru yang telah dilatih khas di IPG. Guru-guru yang telah mengendalikan kelas pemulihan telah 


 dihantar untuk menjalani kursus khas.

7. Perbezaan

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar murid mengakibatkan segolongan daripada mereka lebih
lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebaya mereka.

8. Objektif Kelas Pemulihan Khas

Penubuhan kelas pemulihan khas adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke Tahap 2 sekolah rendah dan  ke sekolah menengah.

9. Tujuan Dan Kemudahan

Menggunakan masa, tenaga dan alat pengajaran dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.
Guru dapat menggunakan bahan yang disediakan dengan berkesan.
Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan dan menggalakkan.

10.Bagaimana Kelas Pemulihan  
     Diadakan

Murid kelas pemulihan khas bolehlah diambil dari kelas biasa. Murid tersebut mestilah antara 3 hingga 4 orang. Ini bagi sekolah yang mempunyai dua kelas bagi sesuatu darjah.
Setiap sesi pembelajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang murid.
Bagi sekolah yang mempunyai satu kelas bagi setiap darjah, guru pemulihan khas bolehlah mengambil murid dari kelas lain. Tetapi jumlahnya tidak lebih dari 15 orang.
Sekiranya ianya dari satu kelas sahaja, murid tersebut mestilah tidak melebihi 6 orang murid.
Perbincangan antara Guru Pemulihan Khas, Guru Besar dan guru mata pelajaran boleh dilakukan untuk memilih murid memasuki kelas pemulihan khas.

11. Jadual Guru

Guru Pemulihan Khas hanya diperuntukkan masa 990 minit. Masa persediaan dan pemilihan bahan diperuntukkan 120 minit. Masa ini dimasukkan ke dalam jadual waktu.

12. Pemilihan Subjek

Hanya dua mata pelajaran sahaja dipilih untuk diajar di kelas pemulihan khas iaitu Bahasa Melayu Dan Matematik


No comments:

Post a Comment